Latar belakang Dato'_Siti_Nurhaliza_Live_In_KLCC:_Where_The_Heart_Is

"Konsert kali ini memang sangat istimewa. Selain ada beberapa kejutan, Siti akan ambil peluang untuk mendekati peminat. Orang kata, konsepnya nanti lebih santai dan intim bersama para peminat. Tambah istimewa, saya memilih tema warna putih pada konsert kali ini yang melambangkan kesucian dan ketulusan. Aubrey Suwito bertindak sebagai pengarah muzik dan beliau akan cuba menampilkan konsep mini orkestra pada dua malam persembahan itu nanti. Disamping saya hiburkan mereka dengan lagu-lagu bahasa Melayu dan Inggeris, saya buka peluang kepada peminat yang ingin bertanyakan apa saja pada saya. Mereka boleh tanyakan apa saja yang mereka ingin tahu tentang saya, semasa sesi interaksi nanti. Selain itu saya juga merancang untuk menampilkan penyanyi undangan yang cukup istimewa tapi buat masa ini saya belum boleh beritahu siapa penyanyi tersebut."[7]

— Siti Nurhaliza semasa sidang media konsert Where The Heart Is.[7]

Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasmi mengenai konsert amalnya pada satu sidang media yang diadakan pada 6 Januari 2014 jam 3 petang di ibu pejabat SimplySiti yang terletak di Tingkat 5, Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Konsert ini diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Productions dan juga SimplySiti, dengan Aubrey Suwito sebagai pengarah konsert.[7][8]

Konsert yang berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato' Siti menghiburkan peminat-peminat dengan lagu-lagu popular beliau, secara solo yang pertama bagi tahun 2014 untuk sebuah konsert amal eksklusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.[7] Beliau memberi peluang terbuka dan bersedia menjawab apa saja soalan daripada peminatnya semasa konsert ini. Selain penonton akan didendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya, persembahan beliau akan diselang seli dengan sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.[7]

Menurut Siti lagi, menerusi konsert ini, pihak Yayasan Nurjiwa mensasarkan untuk mengumpul sebanyak RM1 juta supaya bantuan lebih banyak dapat diberikan kepada yang memerlukan sekali gus menjadikan yayasan sentiasa aktif dan prihatin.[9][10][11] Siti memberi tumpuan kepada aktiviti kebajikan sepanjang 2014 bagi mengumpul dana untuk yayasan yang diasaskannya itu bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Dato'_Siti_Nurhaliza_Live_In_KLCC:_Where_The_Heart_Is http://www.airasiaredtix.com/events/SitiNurhalizaW... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.budiey.com/dato-siti-nurhaliza-live-klc... http://www.entcentral.com/konsert-where-the-heart-... http://galaksi-media.com/hiburan-dato-siti-nurhali... http://galaksi-media.com/semasa-where-the-heart-is... http://www.ohbulan.com/konsert-where-the-heart-is-... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2014/1/19/m... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2014/1/7/ms... http://www.sinarharian.com.my/siti-nurhaliza-kumpu...